MENGAJI KAEDAH QIRAATI DALAM MASA 24 JAM ANDA BOLEH BELAJAR DAN MENGAJAR. INSYAALLAH.
ATAU ANDA BOLEH BUAT PILIHAN DALAM MASA 24 HARI, 24 MINGGU ATAU 24 BULAN.
Terbuka kepada semua peringkat. Dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas.
Harapan kami dapat membanti ummah celik Al-Quran. disamping dapat membaca Al-Quran dengan lebih fasih dan memahami bacaan-bacaan dalam solat. Mudah-mudahan boleh solat dengan lebih kusyuk lagi.
Al-Quran inilah sebagai teman kita dari liang kubur hingga masuk ke pintu syurga. InsyaAllah
Terbuka kepada semua peringkat. Dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas.
Harapan kami dapat membanti ummah celik Al-Quran. disamping dapat membaca Al-Quran dengan lebih fasih dan memahami bacaan-bacaan dalam solat. Mudah-mudahan boleh solat dengan lebih kusyuk lagi.
Al-Quran inilah sebagai teman kita dari liang kubur hingga masuk ke pintu syurga. InsyaAllah
Kursus mengajar buat masa ini dikendalikan secara percuma. Dan di kendalikan sepenuhnya oleh Yang Berbahgia AL-Fadhil Ustaz Norsham Abd. Aziz.
Kursus pertama telah diadakan di Akdemik Alfafa Taman Mutiara, Gombak. Bermula dari jam 2 petang dan berakhir hingga jam 10 malam.
Dah le kursus free di bagi makan tengahari, minum petang dan makan malam. Zaman la ni ada ke yang sanggup buat kerja macam Al-Fadhil Ustaz ni!
TEMPAT PENGAJIAN
Jalan SM 9
Taman Sunway Batu Caves,
Batu Caves, Selangor D.E.
MASA PENGAJIAN
antara 10.00 pagi - 6.00 petang
2 kali seminggu
1 jam setiap kali pengajian
TENAGA PENGAJAR
Mahasiswa UIA
YURAN PENGAJIAN
Pendaftaran RM 50.00
Dibekalkan 1 set buku Qiraati
1 unit buku Tajwid.
Yuran bulanan RM 65.00 sebulan
HUBUNGI
Pengurus Pusat Pengajian
Akademi Alfafa
Cawangan Batu Caves.
USTAZ HAJI AMRAN BIN HAJI TIK
019-2535755
LATAR BELAKANG
PRESIDEN AKADEMIK ALFAFA
AL-FADHIL USTAZ NORSHAM ABD. AZIZ
Saya mengenali ustaz Norsham 18 tahun yang lalu. Ketika itu beliau mengajar di Sekolah Rendah Al-Amin. Oleh kerana anak-anak saya agak ketinggalan dalam bahasa Arab, maka saya mempelawa beliau mengajar bahasa Arab kepada anak-anak saya. Alhamdulillah keputusan peperiksaan smuanya Muntaz. A belaka. Dulu datang mengajar dengan motor aje. La ni dah jadi jutawan.
Nak tau rahsia dia.
Beliau berkelulusan B.A Syariah Universiti Al-Azhar dan Diploma Pentadbiran Makhamah Syariah.
Balik Azhar x de kerja.
Terpaksa kerja kilang dengan gaji RM 400 sebulan. Disamping itu buat part time mengajar Al-Quran rumah ke rumah. Kemudian ditawarkan kerja di site office sebuah projek perumahan di Bukit Beruntung. dengan pendapatan RM 1000 sebulan. Tugas jaga lori keluar masuk dan pantau perjalanan projek perumahan tersebut. Beliau ambil kesempatan untuk belajar baca pelan projek, footing sampai siap projek tersebut. Manalah tau masa depan nanti ada peluang jadi pemaju perumahan.
U are what U thinks. Tuhan bertindak diatas apa yang kita fikirkan.
Kemudian beliau ditawarkan mengajar di Sekolah Rendah Al-Amin. Mengajar Al-Quran secara sambilan masih diteruskan.. Oleh kerana terlalu ramai yang tidak mampu membaca A-Quran, Jika dilakukan secara individu tidak mungkin menjelang 2020 Generasi CELIK Al-QURAN dapat dilaksanakan.
Oleh itu beliau menanam impian besar untuk mengujud sebuah Akademik. Beliau kemudian menglibatkan diri dalam koperasi Muslimin dan menjadi AJK serta sebagai pengerusi peringkat negeri. Bermula di koperasi ini beliau banyak belajar dan mengikuti kursus demi kursus secara percuma yang di anjurkan oleh Biro Angkasa.
Beliau maju setapak lagi dengan membuat pinjaman koperasi sebanyak RM 1/2 juta. Beliau telah menubuhkan Koperasi sendiri iaitu Koperasi Usahawan Alfafa Berhad. Projek sulongnya iaitu projek Perumahan AlFafa di Padang Balang seluas 1 ekar.
Kemudian menambahkan lagi satu projek perumahan di Kuang dan di Port Dickson.
Kemudian beliau menubuhkan Akademik Usahawan Islam Alfafa.