400 Kesalahan Dalam Solat | ||||||
Price: RM30.00 | ||||||
Ask a question about this product | ||||||
ISBN : 9789675984952 Pengarang : Mahmud Al-Misri Penterjemah: Azarita Ahmad Penyunting: Dr.Mohd.Puzhi Usop Muka Surat: 376 Keterangan Buku : Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ini merupakan satu asas kepada Islam yang paling utama. Sekiranya nilai atau kualiti solat kita tidak mencapai tahap sepatutnya, ia mungkin akan jadi sia-sia sahaja. Oleh itu di dalam kehidupan kita setiap apa yang kita lakukan mempunyai tahap kualiti dan nilainya, barulah ia memberikan kesan atau impak yang lebih baik. Jadi bagaimana caranya untuk menjaga kualiti solat kita? Buku ini adalah jawapannya. Selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan melalui pengajian atau kelas fardu ‘ain, membaca juga merupakan cara menambahkan ilmu. Di dalam buku ini dihuraikan tentang 400 kesalahan yang berlaku di dalam menunaikan solat. Kadang-kadang kita merasakan solat kita sudah betul dan sempurna namun tanpa kita sedari terdapat kesalahan-kesalahan yang akan mencacatkan nilai dan kualiti solat kita. Ada juga kesalahan yang kita lakukan itu adalah kesalahan besar atau fatal yang terus menghapuskan pahala solat yang kita lakukan. Inilah yang perlu kita hindarkan. Semoga apa yang kita amalkan mendapat ganjaran yang setimpalnya bukan hanya sia-sia atau mendapat dosa. Dengan kehadiran buku ini, kita akan mampu menilai semula solat kita. Sekiranya terdapat kesalahan yang sering kita lakukan tanpa kita ketahui sebelum ini, boleh kita perbaiki dan tingkatkan kesempurnaannya. Buku ini amat bernilai untuk semua umat Islam dalam mencapai prestasi solat yang lebih berkualiti dan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah. Ini adalah bacaan wajib bagi mereka inginkan solat yang sempurna. Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan… Product Height :10.0000 inches Product Width :7.0000 inches Product Weight :0.8350 kg
|
KEDAI BUKU ON LINE
Subscribe to:
Posts (Atom)